Islamic Widget


.
.

Bijak komputer


Cara mempartition/format hardisk:
Biasanya, kita perlu mempartition hardisk apabila:
1. mendapat hardisk yang baru.
2. untuk bertukar ke versi windows yang lain.
3. untuk memperbaiki hardisk.
4. untuk membina hardisk yang mempunyai lebih dari satu bahagian.
Langkah pertama (membina partition):
1. pastikan anda mempunyai start up disk atau oem ‘windows cd-rom’ samaada versi windows ME, 98, atau 95.
2. pastikan boot pertama computer anda adalah pada cdrom atau floppy. Jika tidak, anda perlulah pergi ke CMOS Setup terlebih dahulu untuk setkan nya. Caranya ialah semasa on-kan computer, apabila anda berada pada masa paparan power on self test (POST), klik kan kekunci delete (lihat paparan di bawah screen kekunci apa yang perlu dipilih) atau lain-lain kekunci (bergantung kepada jenis BIOS) seperti mana yang diperlukan untuk pergi ke CMOS Setup. Pilih advanced BIOS features dan enter, pergi ke menu first boot device dan setkan sebagai cdrom atau floppy sepertimana yang dikehendaki. Tekan kekunci esc untuk keluar dan pastikan anda save sebelum keluar.
3. masukkan start up disk atau OEM Windows CDRom anda dan boot semula computer.
4. seterusnya computer anda akan memaparkan beberapa menu berikut:
à help (jika anda memerlukan bantuan)
à start computer with CDROM (jika anda ingin turut menggunakan CDROM)
à start computer without CDROM
à minimal boot (jika anda ingin menggunakan boot yang minima dan pantas dan tidak menggunakan CDROM).
5. jika anda sekadar hendak memformatkan atau partition hardisk anda boleh memilih minimal boot dan enter.
6. command prompt akan muncul, kemudian taipkan fdisk dan enter.
7. pilih yes dan enter.
8. kemudian screen anda akan memaparkan beberapa menu untuk dipilih. Berikut adalah menu-menu itu.
1. Create DOS Partition or logical DOS drive
2. Set active partition
3. Delete partition or logical DOS drive
4. Display partition
5. Change current fixed disk drive.
Menu satu adalah untuk mencipta DOS Parition yang baru, menu dua untuk set active atau primary partition (jika anda membina lebih dari satu partition), menu tiga untuk membuangkan atau delete partition yang telah sedia ada pada hardisk., menu empat untuk melihat partition yang ada pada hardisk anda, dan menu lima hanya akan muncul apabila anda memasang labih dari satu hardisk dan digunakan untuk memilih hardisk mana yang hendak dipartition.
9. untuk mula mempartition hardisk baru, sila pilih menu pertama. Jika hardisk anda telah sedia dipartition, anda perlu delete partition asal terlebih dahulu dengan memilih menu tiga dan delete kesemua jenis partition yang terdapat pada hardisk tersebut.
10. setelah anda memilih menu pertama, menu berikut akan muncul:
1. create primary DOS Partition
2. create extended DOS Partition
3. create logical DOS Drive(s) in the extended Partition.
11. pilih menu primary DOS Partion dan proses pertama akan dimulakan. Apabila proses tamat, anda akan diberi pilihan samaada hendak menggunakan kesemua ruang (capacity) hardisk anda atau tidak. Pilih yes jika ya. Jika anda hendak membina dua partition pada hardisk anda, anda perlu memilih no. dan enter.
12. jika anda memilih no daripada pilihan tadi dan ingin membina partition yang kedua, anda perlu klik esc dan pergi ke menu extended DOS Partition dan proses akan bermula. Apabila tamat anda dikehendaki setkan capacity yang diperlukan untuk pertition yang kedua ini seperti tadi. Kemudian anda dikehendaki keuar dari menu create DOS Partition dan pergi ke menu kedua iaitu menu set active partition kerana anda telah membina lebih dari satu partition.
13. sebaiknya anda memilih volume pertama untuk diacktifkan atau sebagai primary partition.
14. kemudian anda perlu keluar ke dos prompt (a:\) dan anda perlu boot (restart) semula computer anda dan masuk semula ke dos prompt seperti cara permulaan tadi dan format hardisk yang baru dipartition tadi.
Langkah kedua (memformat hardisk):
1. pastikan anda berada pada prompt a:\ dan taipkan format c (bergantung kepada prompt hardisk anda) dan tekan enter. Pilih yes untuk meneruskan memformat hardisk anda. Proses bermula dan biarkan sehingga tamat.
Cara Partition Hard Disk
1- Pada A:\taipkan "fdisk" dan tekan enter.Baca arahan dan taipkan N kemudian Enter jika anda tidak mahu "large disk suport" (sokongan cakera besar) atau tekan Enter sahaja untuk menerima "large disk support".(untuk proses ini anda perlukan sebuah disket dos boot)
2- Pada tetingkap "Fixed Disk Setup Program" masukkan pilihan 1 untuk membina partition DOS dan tekan Enter.
3- Pada tetingkap "Create DOS Partition or Logical DOS Drive" masukkan pilihan 1 untuk membina Primary DOS Partition dan tekan Enter.
4- Apabila ditanya adakah anda mahu menggunakan seluruh cakera keras sebagai Primary DOS partition, Taipkan N dan Enter.
5- Katakanlah cakera keras anda 8.4GB, asingkan 1.2GB untuk Primary DOS Partition. Taipkan 1200 dan tekan Enter.Gunakan pemacu C ini untuk sistem operasi (OS) anda.
6- Primary DOS Partition telah dibina.Tekan kekunci Esc.
7- Kini tekan 2 dan tekan Enter untuk mengaktifkan Primary DOS Partition.
8- Tekan 1 untuk memilih Primary DOS Partition menjadi aktif. Tekan kekunci Enter. Tekan Esc untuk Pergi ke tetingkap lain.
9- Masukkan 1 dan tekan Enter untuk membina DOS Partition atau Logical DOS Drive, bagi jumlah lebuhan ruang cakera.
10- Masukkan 2 dan tekan Enter untuk membina Extended DOS Partition.
11- Tekan Enter untuk menerima 7277 MB untuk Extended DOS Partition.
12- Kini Extended DOS Partition telah dibina , tekan Esc untuk sambung.
13- Asingkan 1.5GB untuk Logical DOS Drive pertama dengan menaip 1500 dan tekan Enter.
14- Terima lebihan cakera sebagai Logical DOS drive kedua dengan menekan Enter.
15- Untuk melengkapkan Partition cakera keras, tekan Esc. Pada tetingkap selepas itu tekan Esc untuk keluar dari fdisk.
16- Tekan ESC untuk keluar dari fdisk.Selepas proses partition lengkap, anda hendaklah boot semula komputer anda dengan menekan kekunci Clrt+Alt+Del serentak.Pada A:\> taipkan "format c:" dan tekan Enter.
17- Taipkan Y dan kekunci Enter untuk meneruskan format. Sila tunggu sebentar sementara cakera keras diformat.
18- Tekan Enter tanpa memasukkan label volum.
19- Kini pemacu C telah siap diformat. Untuk format ruang partition yang lain, taipkan "format d: dan format e:" untuk format dua pamacu lain.
Format Bad Sector
Anda bermasalah hendak format harddisk yang mempunyai bad sector..penyelesaian terbaik
1)Jadikan hdd yang bermasalah anda sebagai slave
2)kemudian masuk ke windows dan format menggunakan windows.
MenuShowDelay
Bila kita klik pada start program, satu paparan menu akan keluar. Cepat dan lambat bukan bergantung kepada perkakasan komputer kita. Ia nya banyak bergantung kepada setting windows itu sendiri. Jadi kalau kita hendak menu tersebut keluar dengan cepat, kita mestilah menukar setting pada regedit. Cara nya :
1. Start/Run/Regedit.
2. HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop
3. Ditetingkap sebelah kanan klik mouse sebelah kanan untuk New/String Value. taipkan MenuShowDelay - enter.
4. Double click dan taipkan value "0" atau berapa saja yang kita hendak. Default Windows setting adalah 400. Dan satu lagi pada Display properties,menu Effect buangkan tick (tanda right) pada animate windows,menu & list. Kemudian restart komputer anda.
Dengan cara ini menu pada start program anda akan keluar dengan cepat tanpa menggunakan program Win Boost.
Perlukah kita gunakan antivirus?
Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya?
Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :-
1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express.
Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb.
2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali.
Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers".
3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda.
4. Attachment berbentuk Word atau Excel?
Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan...
5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda.
Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan.
6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows
Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita.
7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu.
8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau. 8-)
9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian
Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat.
Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana?
Tips Untuk Microsoft Office XP(PowerPoint)
Tahukah anda yang Microsoft PowerPoint® version 2002 boleh buat album gambar?Begini caranya:
Dalam Insert menu, pilih Picture, dan klik New Photo Album.
Dalam Photo Album dialog box, anda boleh upload gambar dari memacam sumber macam harddisk, kamera digital atau scanner.Caranya:
Dalam Insert picture , klik File/Disk.
Kemudian pilih gambar kegemaran korang satu persatu atau tekan CTRL sambil klik kat gambar korang tu,dan pilih Kulit Album kat Album Layout.
Kemudian klik Create.
Kalau nak ubah album/tambah/buang gambar,pilih Format Album.
Mempertingkatkan keupayaan komputer
Sudah tentu dewasa ini komputer anda adalah antara yang tercanggih pernah wujud di atas muka bumi ini kerana menggunakan pemproses yang pantas. Tetapi tahukah anda bahawa penggunaan komputer yang efisien dan efektif dapat mempertingkatkan keupayaan komputer anda? Di sini saya suka untuk berkongsi tips dan tricks tentang bagaimana untuk mempertingkatkan keupayaan hard disk komputer anda ke tahap maksimum.
Mula-mula right click pada icon my computer di atas desktop > properties dan dialog box untuk system properties akan pop-up. Ambik tab devices dan expand hard disk controller menu dan select jenis hard disk yang anda guna (bukan floppy disk). Dan double click pada hard disk tu untuk pop-up kan properties nya. Ambik settings, dan check checkbox DMA. Restart komputer anda dan hard disk anda akan berada dalam keadaan fully utilized. Hal ini juga boleh digunakan untuk cdrom drive dan segala drive yang ada DMA settings. Kadang-kadang tidak semua cdrom drives boleh enable DMA...
Kendian, dalam system properties yang sama select performance tab dan kat situ ada menu 'desktop computer'. Tukar benda tu jadik network server dan apply kan supaya features tu dapat di activate. Restart komputer kalau mahu dan jalankan kehidupan anda seperti biasa. Komputer anda akan lebih best...
Panduan Mengurus Dan Menyelenggara Cakera Keras..doc

PENGENALAN.

Cakera keras ( Hard Disk Drive ) adalah salah satu komponen komputer yang sangat penting. Adalah satu kemestian di dalam setiap komputer terdapatnya cakera keras. Di dalam cakera keraslah tersimpannya semua perisian ( program ) yang kita gunakan setiap kali kita menggunakan komputer, sama ada untuk tujuan pekerjaan seharian atau pun tujuan keilmuan.
Namun salah satu perisian yang sangat penting yang wajib ada di dalam komputer ( di dalam cakera
keras ) ialah sistem operasi ( operating sistem ). Ia ibarat nyawa kepada sesebuah komputer.
Tiadanya sistem operasi maka tidak berfungsilah sesebuah komputer itu. Ramai yang tidak sedar yang sistem operasi ini wujud dan sangat penting di dalam sesebuah komputer. Kalau sistem operasi ini rosak atau terkena virus, maka seluruh operasi komputer akan terjejas atau lumpuh. Sistem operasi mestilah diperbetul atau disalin semula. Untuk membetul atau menyalin semula sangat mahal dan kadang kala mengambil masa yang lama.
Oleh itu buku panduan mengurus dan menyelenggara cakera keras ini sangat berfeadah dan berguna kepada setiap pengguna komputer. Dengan kos yang minima anda boleh menjimatkan perbelanjaan dan juga memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan jika diusahakan.
Pengarang.

BACA DENGAN TELITI KESELURUHAN NOTA INI SEBELUM MEMULAKAN OPERASI

Apabila kita membeli cakera keras baru, sebenarnya kita tidak boleh terus menggunakannya. Ianya tidak akan berfungsi kerana di dalamnya kosong. Jadi kita kenalah mengisikannya dengan perisian. Perisian yang mesti ada dan yang mula-mula mesti dimasukkan ialah Sistem Operasi ( Operating System ).
Begitu juga jika sistem operasi di dalam cakera keras yang sedia ada di dalam komputer yang mengalami kerosakan atau terkena virus yang serius, maka ianya mesti disalin semula.
Kerja-kerja menyalin sistem operasi ini agak rumit dan kompleks untuk dilakukan. Kita perlu memahami dan melakukan langkah-langkah yang dikehendaki dengan tepat dan betul. Jika tidak PC kita tidak akan sempurna dan stabil. Untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, anda mesti menyediakan disket dan CD seperti berikut :-
STARTUP DISK WINDOW 98 - SEKEPING DISKET.
MICROSOFT WINDOWS 98 - SEKEPING CD.
Disket dan CD di atas disertakan bersama. Pastikan kesemuanya berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Jika terdapat kerosakan, sila rujuk kepada kami......
Untuk menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras, langkah-langkah yang mesti kita lakukan ialah seperti berikut:
1. Membuat partition ( Partition creating ),
2. Memformat ( Formatting ),
3. Menyalin ( Installing ).
Bagaimanapun, sebelum kita boleh menyalin sistem operasi ke dalam cakera keras kita mestilah membuat sedikit pindaan ke atas BIOS ( Basic Input Output Services ) atau CMOS ( Complimentary Metal Oxide Semiconductor ). Tempat-tempat yang perlu dipinda adalah seperti berikut :-
1. IDE HDD AUTO DETECTION ( AUTO DETECT HARD DISK ),
2. BOOT SEQUENCE ( 1st BOOT/ 2nd BOOT/ 3rd BOOT DEVICE ),
3. FLOPPY DRIVE SEEK ( BOOT UP FLOPPY SEEK ).
Nota: Arahan di atas berdasarkan AMIBIOS dan AWARD BIOS.

UNTUK MEMASUKI BIOS ATAU CMOS.

Hidupkan komputer dan perhatikan skrin moniter. Apabila mula sahaja keluar paparan di skrin, tekan butang DELETE beberapa kali. Terpapar di skrin muka surat Menu Utama BIOS / CMOS berwarna biru. Jenama BIOS samada AWARD BIOS atau AMI BIOS bergantung kepada pengeluar motherboard berkenaan. Bagaimana pun kedua-duanya lebih kurang sama sahaja.
NOTA : Bagi komputer yang berjenama, seperti ACER, DELL, HP, COMPAQ dan lain-lain, mempunyai BIOS / CMOS tersendiri dan cara memasuki BIOS dan muka surat Menu Utama berbeza. Sila rujuk buku panduan masing-masing.
LANGKAH 1 ( SEMASA BERADA DI MENU UTAMA ) :-
Gerakkan kursor ( warna merah atau putih ) ke tempat IDE HDD AUTO DETECTION dan tekan ENTER. Pilihan ini mesti dilakukan. Jika tidak cakera keras tidak akan berfungsi. Pilihan ini bertujuan untuk mengesan secara automatik kehadiran cakera keras di dalam komputer kita lengkap dengan ciri-ciri seperti berikut: TYPE, SIZE, CYLS (CYLINDER), HEAD, LANDZ (LANDING ZONE), SECTOR, MODE.
'SELECT PRIMARY MASTER OPTION ( N=SKP ) N' terpapar di skrin, ( huruf N berkelip-kelip ). Tekan butang Y dan ENTER. Huruf N akan bertukar menjadi huruf Y. Seterusnya BIOS akan cuba mengesan cakera keras di PRIMARY SLAVE, SECOND MASTER dan SECONDARY SLAVE. Jika anda hanya memasang satu unit cakera keras, anda hanya perlu menekan ENTER sahaja ( 3 kali ). Secara outomatik paparan kembali ke Menu Utama.
LANGKAH 2 ( SEMASA BERADA DI MENU UTAMA ) :-
Gerakkah kursor ( warna merah atau putih ) ke tempat BIOS FEATURES SETUP ( atau ADVANCED CMOS SETUP ) dan tekan ENTER. Selepas tekan ENTER, pilihlah BOOT SEQUENCE. Di sini pilihlah BOOT SEQUENCE ( Susunan But ) menjadi A atau FLOPPY yang paling hadapan. Contoh: A,C,SCSI atau FLOPPY sahaja. ( Gunakan kekunci PageUp atau PageDown atau - atau + untuk memilih ). Jika susunan butnya lain daripada A, pemacu cakera liut tidak akan membaca cakera liut semasa membuat.
Seterusnya gerakkan kursor ke FLOPPY DRIVE SEEK ( atau BOOT UP FLOPPY SEEK ). Pilihan samada ENEBLED atau DISABLED. Di sini pilihan mestilah ENEBLED. ( Gunakan kekunci PgUp atau PgDn atau - atau + untuk memilih ). Tekan ESC untuk ke Menu Utama. SELESAI DI SINI.
Setelah selesai langkah-langkah di atas, di menu utama, gerakkah ke SAVE & EXIT SETUP ( Y/N )? Tekan butang Y dan ENTER. Pilihan ini mesti dilakukan.
SETELAH MENEKAN ENTER, PC AKAN TERPADAM DAN AKAN HIDUP SEMULA SECARA OUTOMATIK. TUNGGU BEBERAPA SAAT UNTUK PROSES BERIKUTNYA IAITU MEMBUAT PARTESYEN.

MEMBUAT PARTISYEN.

Sediakan disket STARTUP DISK 98 : Masukkan disket STARTUP DISK WINDOWS 98 ke dalam pemacu cakera liut dan pasangkan komputer. Tunggu beberapa saat.
Paparan berikut di skrin :-
Microsoft Windows 98 Startup Menu
1. Start Windows 98 Setup from CD-ROM.
2. Start computer without CD-ROM.
3. View the Help file.
Enter a choice : 2 Time remaining : 24
( Di sini taip no. 2 dan ENTER. Dalam masa 30 saat ) L1
F5 = Safe mode
Shift + F5 = Command prompt
Shift + F8 = Step by step confomation ( N ).
Setelah menaip No 2, paparan berikut di skrin :-
Microsoft RAM Drive Version 3.06 virtual disk D :-
Disk size : 2,048 K
Sector size: 512 bytes
Alloction unit : 25 sectors
Directory entries : 64
Preparing to start your computer
This may take a few minutes. Please wait....
The diagnostic tools were successfully loaded to drive D.
To get help, type HELP and press ENTER.
A:\> ( Di sini taip FDISK dan ENTER )
A:\>FDISK
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
( NOTA : Paparan ini akan terpapar apabaila kapasiti cakera melebihi 512Mb )
Your computer has a disk larger than 512Mb. This version of Windows includes improved support for large disks, resulting in more efficient use of disk space on large drives, and allowing disks over 2 GB to be formatted as a single drive.
IMPORTANT: If you enagled large disk support and create any new drives on this disk, you will not be able to access the new drive ( s ) using other operating systems, including some versions of Window 95 and Windows NT, as well as earlier versions of Windows and MS-DOS. In addition, disk utilities that were not desighed explicitly for the FAT32 file system will not be able to work with this disk. If you need to access this with other operating systems or older disk utilities, do not enable large drive support.
Do you wish to enable large disk support ( T/N )............(Y) ( Di sini tekan ENTER ).
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
Microsoft Windows 98
Fixed Disk Setup Program
(C) Copyright Microsoft Corp. 1983 - 1998
FDISK options
Current fixed disk drive : 1
Choose one the following:
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive
2. Set active partition
3. Delete partition or Logical DOS Drive
4. Display partition information
Enter choice: ( 1 ) ( Di sini tekan ENTER ) L2
Press Wsc to exit FDISK
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
Create DOS Partition or Logical DOS Drive
Current fixed disk drive : 1
Choose one the following :
1. Create Primary DOS Partition
2. Create Extended DOS Partition
3. Create Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition
Enter choice: (1) ( Di sini tekan ENTER ) L3
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
Create Primary DOS Partition
Current fixed disk drive: 1
Verifying drive intergrity, 20% complete ( Tunggu bacaan menjadi 100% )
Apabila bacaan menjadi 100% paparan berikut di skrin:
Create Primary DOS Partition
Current fixed disk drive: 1
Do you widh to use the maximum avaliable size for a primary DOS Partition and make the partition active (Y/N)...................? (Y) ( Di sini tekan ENTER ) L4
Press Esc to return to FDISK Options.
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
Verifying drive integrity, 35% ( Tunggu bacaan menjadi 100% )
Apabila bacaan menjadi 100% paparan berikut di skrin :
You MUST restart your system for your changes to take effect.
Any drives you have created or changed must be formatted.
AFTER you restart.
Shut down Windows before restarting.
Press Esc to exit FDISK.
SEKARANG TEKAN CTLR + ALT + DEL SERENTAK UNTUK MENGHIDUPKAN DEMULA PC. OPERASI SETERUSNYA IALAH MEMFORMAT CAKERA KERAS.
PROSES PARTITION SELESAI.
JANGAN KELUARKAN STARTUP DISKET.
MAKLUMAT:
CAKERA KERAS MESTILAH DIPARTITION SEKURANG-KURANGNYA SATU PARTITION. BAGAIMANAPUN IANYA BOLEH JUGA DIBUAT LEBIH DARIPADA DUA SEHINGG MAKSIMA 23 PARTITION. JIKA KAPASITI CAKERA KERAS ANDA SANGAT BESAR ( 6.0GB KE ATAS ), ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT BEBERAPA PARTITION.

FORMAT HARD DISK.

Apabila menekan CTRL + ALT+ DEL serentak dan PC hidup semula, tunggu paparan berikut di skrin.
Microsoft Windows 98 Startup Menu
1. Start Windows 98 Setup form CD-ROM.
2. Start computer without CD-ROM support.
3. View the Help file.
Enter a choice: 2 (Di sini taip no.2 dan ENTER) Time remaining: 45%
F5 = Safe mode
Shift + F5 = Command prompt
Shift + F8 = Step by step confomation (N)
TUNGGU BEBERAPA SAAT SEHINGGA PAPARAN BERIKUT DISKRIN :
A:\> ( Di sini taipkan FORMAT C: dan ENTER )
A:\>format c:
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
WARNING, ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISK
DRIVE C: WILL BE LOST!
Proceed with format (Y?N)? Y (Di sini taip Y dan ENTER)
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
Cheking existing disk format.
Recording current bad clusters
Complete.
Verifying 3,051.53M
15 percent complete
(Tunggu bacaan ini menjadi 100% completed, kapasiti cakera keras berbeza-beza mengikut apa yang anda beli atau punyai).
Memformat cakera keras mengambil masa beberapa minit bergantung kepada kapasiti cakera. Kapasiti 2.1Gb mengambil masa lebih kurang 3-4 minit, 3.2Gb 5-6 minit, 4.3Gb 7 minit.
Setelah bacaan menjadi 100% completed, paparan berikut di skrin:
Checking existing disk format.
Recording current bad clusters.
Complete
Verifying 3,051.53M
Format complete.
Writting out file allocation table
Complete.
Calculating free space (this may take several minutes)
Complete.
Volume label ( 11 characters, ENTER for none )?
(Di sini anda mempunyai pilihan sama ada mahu menamakan cakera atau tidak. Kalau tidak tekan sahaja ENTER).
Paparan berikut di skrin:
3,193,499,648 bytes total disk space
3,193,499,648 bytes available on disk
4,096 bytes in each allocation unit.
779,662 allocation units available on disk
Volume Serial Number is 2540 - 08EB
A:\>
Proses menformat cakera keras selesai di sini.
Ini bermakna cakera keras anda telah tersedia untuk menerima perisian atau program-program. Sekiranya cakera keras anda mempunyai perisian dan data maka semuanya kini telah terpadam atau terhapus sama sekali. Oleh itu jika anda bercadang untuk memformat cakera keras lama, anda terpaksa berfikir dua kali. Kemungkinan ada data yang penting di dalamnya!!!!!
TEKAN CTRL + ALT + DEL SERENTAK UNTUK HIDUPKAN SEMULA PC DAN MELAKUKAN OPERASI SETERUSNYA IAITU MENYALIN.
JANGAN KELUARKAN STATUP DISK.
SETUP WINDOWS ( MENYALIN ).
Setelah dihidupkan semula PC paparan berikut di skrin :
Microft Windows 98 Statup Menu
1. Start computer with CD-ROM support.
2. Start computer without CD-ROM support.
3. View the help file.
( Di sini tekan ENTER )
Enter a choice: 1 Time remaining: 25
F5 = Safe mode Shift + F5 = Command prompt Shift + F8 = Step by step confomation (N)
Setelah menekan ENTER dalam beberapa saat paparan berikut di skrin :
MSCDEX Version 2.25
Copyright (C) Microsoft Corp. 1986 - 1995. All rights reserved.
Drive E: = Driver OEMCD001 unit 0
A:\> (Di dini taip E: dan ENTER.. Paparan menjadi E:\>)
E:\> (Di sini taipkan SETUP setelah memasukkan CD Windows 98 dan taipkan ENTER. Jangan keluarkan Startup Disk)
E:\>setup
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
Please wait while Setup initializes.
Setup is now going to perform a routine check on your system.
To continue, press ENTER. To quit Setup, press ESC.
TUNGGU BEBERAPA SAAT SEHINGGA PAPARAN DI SKRIN BERWARNA BIRU.
Paparan berikut di skrin
Microft ScanDisk
_______________________________________________________
Scandisk is now checking the following areas of drive C:
Media descriptor
File allocation tables
Directory structure
File system
>>Free space
Surface scan
Pause
______________________________________________________
[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[ 78% complete ]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]] ]
Tunggu sehingga bacaan 100% COMPLETE terpapar.
Paparan berikut di skrin :
Microsoft Scandisk
_______________________________________________________
Scandisk checked the following drives
Drive C had no errors
Drive D had no errors
(Di sini tekan X)
APABILA MENEKAN X PROSES MENYALIN WINDOWS 98 BERMULA.
PROSES MENYALIN WINDOWS 98 MENGAMBIL MASA ANTARA 30 MINIT HINGGA 60 MINIT. IKUTILAH ARAHAN-ARAHAN YANG TERPAPAR DI SKRIN.
NOTA:
Langkah-langkah tersebut di atas hanya untuk Window 98 yang ada di dalam CD berbentuk Single iaitu di mana di dalam CD tersebut hanya terdapat perisian WINDOWS 98 sahaja.
Jika Windows 98 berada di dalam CD yang berbentuk Installer, iaitu di mana di dalam CD tersebut mengandungi lebih daripada satu perisian, ikutilah langkah-langkah berikut:
Semasa paparan berikut di skrin:
E:\>CD\WIN98 (atau CD WIN98) (Di sini taip CD\WIN98 atau CD WIN98 dan tekan ENTER)
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
E:\>WIN98>SETUP (Di sini taip SETUP dan ENTER)
Anda seharusnya memiliki buku panduan Windows 95 atau Windows 98 untuk rujukan. Terdapat banyak buku rujukan di pasaran. Kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Pilihlah buku yang anda fikir mudah difahami.

MENYELENGGARA CAKERA KERAS : SCANDISK DAN DEFRAG.

Cakera Keras di dalam PC anda juga mestilah diselenggara sekerap mungkin. Tujuan cakera keras diselenggara ialah supaya ianya dapat berfungsi dengan lebih effisien, laju dan semua fail-fail yang terdapat di dalamnya dapat digunakan dengan sempurna. Menyelenggara cakera keras sangat mudah dilakukan. Hanya mengambil beberapa minit sahaja. Terdapat dua langkah untuk menyelenggara cakera keras, iaitu:
1. Scandisk
2. Defrag.
1. Scandisk
Scandisk boleh dilakukan sama ada menggunakan STARTUP DISK atau Windows. Bagaimanapun anda digalakkan menggunakan STARTUP DISK kerana ianya lebih cepat dan mudah melakukannya. Cara-caranya seperti berikut:
DENGAN MENGGUNAKAN STARTUP DISK.
Masukkan STARTUP DISK ke dalam pemacu cakera liut. Pasangkan PC anda. Tunggu beberapa saat sehingga paparan berikut di skrin:
Microsoft Windows 98 Startup Menu
=============================
1. Start Windows 98 Setup from CD-ROM.
2. Start computer without CD-ROM support.
3. View the Help file.
Enter choice: 2 Time remaining: 24
F5 = Safe mode Shift + F5 = Command prompt Shift + F8 = Step by step confomation (N)
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
( Skrin bertukar menjadi warna biru )
Microsoft ScanDisk
___________________________________________________
ScanDisk is now checking the gollowing areas of drive C :
Media descriptor
File allocation tables
Directory structure
File system
Surface scan
____________________________________________________
Examining drive C.....
Paparan berikut di skrin :
ScanDisk has finished testing the file structure of drive A.
If you want, ScanDisk can also perform a surface on this drive.
During s surface scan, ScanDisk checks the physical surface
of the disk and identifies any areas that nay be failing. In nost cases,
ScanDisk can recover the data fron such areas.
A sruface scan on drive C: will take 2 hours and 55 minutes. You can stop the scan at any time by choosing Exit.
Do you want to perform a surface scn now?
( Di sini tekan Y dan ENTER )
Setelah menekan ENTER, proses Scandisk bermula.
TUNGGU SEHINGGA GRAF MENUNJUKKAN 100% COMPLETE.
[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[ 50% ]]]]]]]]]]]]] ]
Paparan berikut di skrin :
Microsoft ScanDisk
___________________________________________________
ScanDisk did not find any problens on drive A.
___________________________________________________
Sekarang tekan X untuk menamatkan proses Scandisk. Keluarkan disket.
Selesai.
Nota:
Masa yang diambil untuk melakukan Scandisk bergantung kepada kapasiti ( Megabait ) sesuatu cakera keras. Jika cakera keras bersaiz besar Megabaitnya, maka lebih lama sedikit.
Baca dengan teliti arahan-arahan dan petunjuk-petunjuk yang terpapar di skrin. Jika ada masalah, sila rujuk buku berkenaan atau telefon Megatrends Computer Sales Services.
SCANDISK ( WINDOWS )
Langkah berikutnya ialah untuk melaksanakan SCANDISK dalam Sistem Operasi Windows (Windows 95 atau Windows 98). Hidupkan PC anda. Tunggu sehingga Windows terpapar di skrin.
Dengan menggunakan tetikus, klik (butang kiri) pada START.
Pergi ke PROGRAMS. Di sini tetingkap muncul.
Bawa penunjuk tetikus di skrin ke ACCESSORIES. Satu lagi tetingkap muncul.
Bawa penunjuk tetikus ke SISTEM TOOLS. Di sini lagi satu tetingkap muncul.
Setelah tetingkap ini muncul, bawalah penunjuk tetikus ke SCANDISK.
Klik tetikus di sini.
Setelah tetikus diklik, satu lagi tetingkap muncul dan ayat-ayat berikut terpapar di skrin:
Select the drive(s) you want to check for errors:
3 1/2 Floppy (A:)
MS-DOS (C:)
(D:)
Type of test
(.) Standard
( Check files and folders for errors )
( ) Thorough
( Performs standard test and scans disk surface for errors )
[ ] Automatically fix errors.
Sekarang klik START.
Ayat CHECKING FOLDERS terpapar di skrin.
Tunggu sehingga graf berwarna biru selesai memeriksa folders ( checking folders ).
Apabila selesai paparan berikut di skrin :
ScanDisk Results - MS - DOS (C:)
ScacDisk did not find any errors on this drive.
Sekarang klik CLOSE.
Seterusnya klik CLOSE lagi sekali. Paparan kembali ke DESKTOP.
ANDA TELAH SELESAI MELAKSANAKAN SCANDISK.( SEELOK-ELOKNYA DILAKUKAN 2-3 KALI SEMINGGU )
2.Defrag ( WINDOWS )
Fungsi DEFARG ialah untuk menyusun semula fail-fail yang berselerak di dalam cakera keras supaya PC akan lebih effisen dan laju. Untuk melaksanakan DEFRAG, ikutilah langkah-langkah berikut :
Dengan menggunakan tetikus, klik (butang kiri) pada START.
Pergi ke PROGRAMS. Di sini tetingkap muncul.
Bawa penunjuk tetikus di skrin ke ACCESSORIES. Satu lagi tetingkap muncul.
Bawa penunjuk tetikus ke SYSTEM TOOLS. Di sini lagi satu tetingkap muncul.
Setelah tetingkap ini muncul, bawalah penunjuk tetikus ke DISK DEFRAGMANTER.
Klik tetikus di sini.
Setelah tetikus diklik, satu lagi tetingkap muncul dan ayat-ayat berikut terpapar di skrin :
Select Driver
Which drive do you want to defragment?
Di sini pilih (Klik mouse):
MS - DOS (C:)
Kemudian klik pada OK.
Setelah mengkilk OK, paparan berikut di skrin:
Disk Defragmanter
Drive C is 3% fragmanted
You don't need to defragment this drive now.
If you want ti defragment it anyway
Click Start.
Sekarang Klik START.
Apabila telah kilk START, proses melaksanakan DEFRAG bermula.
Tunggu sehingga graf penunjuk warna biru selesai hingga ke 100%.
Jika mahu melihat details, klik SHOW DETAILS.
Apabila selesai paparan berikut di skrin :
Disk Defragmentation of drive C is complete.
Do you want to quit Disk Defragmentation?
YES NO
Setelah klik YES, paparan kembali ke desktop.
ANDA TELAH SELESAI MELAKSANAKAN DEFRAG. (SEELOK-ELOKNYA LAKUKAN 2 - 3 KALI SEMINGGU)
Jika PC anda mempunyai pemacu D dan E, lakukan DEFRAG dengan langkah-langkah yang sama.

LANGKAH UNTUK MEMBUAT DUA ATAU LEBIH PARTISYEN.

Sediakan disket STARTUP DISK 98: Masukkan disket STARTUP DISK WINDOWS 98 ke dalam pemacu cakera liut dan pasangkan komputer. Tunggu beberapa saat.
Paparan berikut di skrin:
Microsoft Windows 98 Startup Menu
1. Start Windows 98 Setup from CD-ROM.
2. Start computer without CD-ROM.
3. View the Help file.
Enter a choice: 2 Time remaining: 24
(Di sini taip no. 2 dan ENTER. Dalam masa 30 saat) L1
F5 = Safe mode Shift + F5 = Command prompt Shift + F8 = Step by step confomation (N)
Setelah menaip No.2, paparan berikut di skrin:
Microsoft RAMDrive version 3.06 virtual disk D:
Disk size: 2,048K
Sector size: 512 bytes
Alloction unit: 25 sectors
Directory entries: 64
Preparing to start your computer
This may take a few minutes. Please wait....
The diagnostic tools were successfully loaded to drive D.
To get help, type HELP and press ENTER.
A:\> (Di sini taip FDISK dan ENTER)
A:\>FDISK
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin :
(NOTA : Paparan ini akan terpapar apabaila kapasiti cakera melebihi 512Mb)
Your computer has a disk larger than 512Mb. This version of Windows includes improved support for large disks, resulting in more efficient use of disk space on large drives, and allowing disks over 2 GB to be formatted as a single drive.
IMPORTANT: if you enagled large disk support and create any new drives on this disk, you will not be able to access the new drive (s) using other operating systems, including some versions of Window 95 and Windows NT, as well as earlier versions of Windows and MS-DOS. In addition, disk utilities that were not desighed explicitly for the FAT32 file system will not be able to work with this disk. If you need to access this with other operating systems or older disk utilities, do not enable large drive support.
Do you wish to enable large disk support (T/N)............(Y) (Di sini tekan ENTER).
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
Microsoft Windows 98
Fixed Disk Setup Program
(C) Copyright Microsoft Corp. 1983 - 1998
FDISK options
Current fixed disk drive: 1
Choose one the following:
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive
2. Set active partition
3. Delete partition or Logical DOS Drive
4. Display partition information
Enter choice: (1) (Di sini tekan ENTER) L2
Press Wsc to exit FDISK
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
Create DOS Partition or Logical DOS Drive
Current fixed disk drive: 1
Choose one the following:
1. Create Primary DOS Partition
2. Create Extended DOS Partition
3. Create Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition
Enter choice: (1) (Di sini tekan ENTER) L3
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
Create Primary DOS Partition
Current fixed disk drive: 1
Verifying drive intergrity, 20% complete (Tunggu bacaan menjadi 100%)
Apabila bacaan menjadi 100% paparan berikut di skrin:
Create Primary DOS Partition
Current fixed disk drive: 1
Do you widh to use the maximum avaliable size for a primary DOS Partition and make the partition active (Y/N)...................? (Y) (Di sini taip N dan ENTER) L4
Press Esc to return to Fdisk Options
Setelah menekan ENTER, paparan berikut di skrin:
Create Primary DOS Partition
Current fixed disk drive: 1
Total disk space is 2051 Mbytes (1 Mbyte = 1048576 bytes)
Maximum space available for partition is 2048 Mbytes (100%)
Enter partition size in Mbytes or percent of disk space (%) to
create a primary DOS partition ........(50%) (Di sini taip 50% dan ENTER)
No partition defined
Press Esc to return to FDISK Options.
Setelah menekan ENTER paparan berikut di skrin:
FDISK Options
Current fixed disk drive: 1
Choose one of the following:
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive
2. Set active partition
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information
Enter choice: (2) (Di sini taip no.2 dan ENTER)
WARNING: No partition are set active - disk 1 is not startable unless a partiton is set active.
Press Esc to exit FDISK
Setelah menekan ENTER, paparan berikut di skrin :
Set Active Partition
Current fixed disk drive: 1
Partition Status Type Volume Label Mbytes System Usage
C: 1 PRI DOS 1028 UNKNOWN 50%
Total disk space is 2051 Mbytes (1 Mbyte = 1048576)
Enter the number of the partition you want to make active..........: (1) (Di sini taipkan no.1 dan ENTER)
Press Esc to return to FDISK Options
Setelah menekan ENTER, paparan berikut di skrin :
Set Active Partition
Current fixed disk drive: 1
Partition Status Type Volume Label Mbytes System Usage
C: 1 PRI DOS 1028 UNKNOWN 50%
Total disk space is 2051 Mbytes (1 Mbyte = 1048576)
Partition 1 made active
Press Esc to continue.
Setelah menekan ESC paparan berikut di skrin :
FDISK Options
Current fixed disk drive: 1
Choose one of the following:
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive
2. Set active partition
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information
Enter choice: (1) (Di sini taip no.1 dan ENTER)
Press Esc to exit FDISK
Setelah menekan ENTER, paparan berikut di skrin:
Create DOS Partition or Logical DOS Drive
Current fixed disk drive: 1
Choose one the following:
1. Create Primary DOS Partition
2. Create Extended DOS Partition
3. Create Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition
Enter choice: (2) (Di sini taip no. 2 dan ENTER)
Press Esc to return to FDISK Options
Setelah menekan ENTER, paparan breikut di skrin:
Create Extended DOS Partition
Current fixed disk drive: 1
Partition Status Type Volume Label Mbytes System Usage
C: 1 PRI DOS 1028 UNKNOWN 50%
Total disk space is 2051 Mbytes (1 Mbyte = 1048576)
Maximum space available for partition is 1024 Mbytes (50%)
Enter Partition size in Mbytes or percent of disk space (%) to
create an extended DOS partation...................(50%) (Di sini taip 50% dan ENTER)
Press Esc to return to FDISK Options
Setelah menekan ENTER, paparan berikut di skrin:
Creat Extended DOS pertition
Current fixed disk drive: 1
Partition Status Type Volume Label Mbytes System Usage
C: 1 A PRI DOS 1028 UNKNOW 50%
2 EXT DOS 1024 UNKNOW 50%
Extended DOS Partition created
Press Esc to continue (Di sini tekan ESC untuk teruskan operasi)
Setelah menekan ESC, paparan berikut di skrin:
Create Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition
No logicl drives defined
Total Extended DOS partition size is 1024 Mbytes (1 Mbyte = 1048576 bytes)
Maximum space available for logical drive is 1024 Mbytes (100%)
Enter logical drive size in Mbytes or percent of disk space (%) .......(1024)
(Di sini tekan ENTER)
Press Esc to return to FDISK Options
Setelah menekan ENTER, paparan berikut di skrin:
Create Logical DOS Drive(s) in the Extended DOS Partition
Drv. Volume Label Mbytes System Usage
D: 1024 UNKNOWN 100%
All available apace in the Extended DOS partition
is assigned to logical drives.
Press ESC to continue (Di sini tekan ESC untuk teruskan operasi)
Setelah menekan ESCS, paparan berikut di skrin:
FDISK Options
Current fixed disk drive: 1 (Di sini tekan ESC)
Choose one of the following:
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive
2. Set active partition
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information
Enter choice: (1)
Press Esc to exit FDISK
Setelah menekan ESC, paparan berikut di skrin:

System will now restart

ANDA PERLU MENGHIDUPKAN SEMULA PC DENGAN MENEKAN SEBARANG KEKUNCI KEYBOARD. KEBIASAANNYA KEKUNCI ‘ENTER’. APABILA MENEKAN ENTER PC AKAN TERPADAM BEBERAPA SAAT DAN AKAN HIDUP SEMULA SECARA OTOMATIK.

JANGAN KELUARKAN STARTUP DISK.

APABILA PC HIDUP SEMULA BERMAKNA ANDA TELAH SELESAI MEMBUAT DUA ATAU LEBIH PARTISYEN DAN TERUSKAN OPERASI BERIKUT IAITU MEMFORMAT...
Perlu diingat bahawa sekarang anda telah membuat dua partisyen. Ini bermakna sekarang anda seolah-olah mempunyai dua unit cakera keras walaupun pada fizikalnya anda mempunyai satu unit cakera keras sahaja.
Oleh itu anda mesti memformat kedua-dua cakera keras tersebut.
Mula-mula FORMAT C: kemudian FORMAT D:.
Sekiranya anda mempunyai tiga atau empat partisyen hendaklah juga FORMAT E: DAN FORMAT F: ........
CARA MEMFORMAT SAMA SEPERTI YANG LALU.
Nota:
Apabila Huruf Cakera Keras telah digunakan oleh cakera keras yang anda partisyenkan ( C atau D atau E ) maka huruf untuk CD-ROM adalah huruf berikutnya hingga huruf Z.
Sekian.
Wassalam.
Selamat Mencuba.
Background Pada Toolbar Internet Explorer
Jika Anda Ingin Menghiasi Background pada toolbar IE anda cuba tip ini...:-
1. Masuk ke dalam regedit (registry editor).
2. Klik pada HKEY_CURRENT_USER/software/microsoft/internet explorer/toolbar
3. Pada toolbar,buat satu string value yang bernama "backbitmap".
4. Kemudian pada value data untuk backbitmap itu anda boleh letakkan kedudukan fail bitmap yang anda ingin jadikan background itu.Contoh: C:\windows\setup.bmp.
Lajukan Defrag
assalamualaikum..
1. Klik Kanan My Computer.
2. Properties
3. Performance.
4. Virtual Memory.
5. Let me specify my own virtual memory settings.
6. Disable Virtual Memory.
7. OK, Yes, Close & restart komputer.
8. Defrag.
9. Ulang Langkah 1 - 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
10. Let Windows manage my virtual memory settings.
11. OK & restart komputer.
Mengubah Icon Pada Start Menu
memula pegi kat regedit ( start > run > regedit )
cari ni HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\Shell Icons
klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah
tempat file tu cth: "C:\My Documents\Icon\Marjuana.ico"
pastu restart computer
Kalau nak ubah Documents kat startmenu pun cam tu cuma ubah no 19 ke
no 20 dan letak lah location
Contoh
No 19 - Icon Program
No 20 - Icon Documents
No 21 - Icon Settings
No 22 - Icon Find
No 23 - Icon Help
No 24 - Icon Run
No 27 - Icon ShutDown
No 43 - Icon Favorites
No 44 - Icon Log Off
Slowkan bunyi modem anda
Assalamualaikum...
sesekali semasa mendail ke internet, modem anda akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
1. Masuk Control Panel >>> Modems
2. Klik pada jenis modem yang digunakan dan seterusnya klik properties
3. Klik pada tab Connection dan klik Advance...
4. Seterusnya masukkan masukan ini M0 pada ruangan tersebut dan klik OK
atau anda boleh laraskan Speaker Volume pada modem ke tahap yang anda mahu...

Baca Lagi....
Related Posts with Thumbnails

.