ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU.
1-Ikhlas niat kerana Allah Taala. Sabda Nabi: “Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain Allah Taala ataupun menghendaki dengan menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripa Allah,maka disediakan tempat duduknya daripada neraka.”
2-Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Sabda Nabi: “Apabila kamu melalui taman-taman syurga,maka duduklah kamu bersama(sama-sama menikmati,makan dan minum di dalamnya),lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah S.A.W apakah dia taman-taman syurga? Baginda bersabda: Majlis-majlis ilmu.”
3-Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela agama Allah.
4-Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.
5-Memebersihkan jiwa.
Sabda Nabi: “Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam tubuh menusia ada seketul daging,apabila elok daging tersebut akan elok seluruh tubuh badannya,apabila rosak daging tersebut akan rosak segala tubuhnya,daging tersebut ialah hati.”
6-Menjauhi pertengkaran
Berkata Hukamak: pendapat tidak menghancurkan hubungan kasih saying.
7-Menjaga adab dengan gurunya.
8-Sabar dalam menuntut ilmu.
Imam Syafie berkata: “Tidak diperolehi ilmu kecualilah dengan bersabar atas kesengsaraan,”
9-Bertanya perkara yang tidak jelas.
Mujahid berkata: “Tidak mendapat ilmu mereka yang malu dan takabbur.”
10-Hadir ke majlis ilmu pada awal waktu.
11-Mencari kebenaran dan bersabar.
Islamic Widget

.
.
Selasa, 6 Julai 2010
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan