بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). ( Al-Kauthar 108:1 )

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). ( Al-Kauthar 108:2 )

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). ( Al-Kauthar 108:3 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan